Art Original
Dari Formalistik ke Rektorik dan Pragmatik
Sudah lebih satu dekad, Fakulti Bahasa & Linguistik (dahulunya Pusat Bahasa), Universiti Malaya meninggalkan pendekatan konvensional dalam pengajaran Bahasa Malaysia (BM) kepada pelajar-pelajarnya. Tekanan kepada tata bahasa bukan lagi menjadi satu perkara khusus kepada perancang kurikulum dan tenaga pengajar. Aspek pengajaran sudah menjadi kian sepadu dan ini berlaku hasil perkembangan semasa serta kehendak dan sambutan pihak pelajar sendiri. Makalah ini akan membincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan satu anjakan drastik dari segi konsep dan wawasan pembelajaran BM serta pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam menangani dan meladeni keperluan pelajar BM di Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL), UM. cavabudan Wild Juga dikemukakan beberapa andalan dari segi keperluan dan permintaan ke atas pembelajaran dan pengajaran BM untuk dekad yang akan datang
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain