Art Original
Pengajaran Bahsa Melayu Khusus Sebagai Memenuhi Tuntunan Era Globalisasi
Institut Teknologi MARA (ITM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang terbesar di Malaysia dengan bilangan pelajar kira-kira 30.000 orang. ITM mempunyai missi khas iaitu untuk melahirkan golongan bumiputera profesional dan spara-profesional dalam bidang perniagaan, perdagangan, sains dan teknologi. Berdasarkan missi dan objektif pendidikan ini, maka kurikulum ITM perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa dan akan datang, khususnya keperluan nasional dan global. Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu pula, program yang difikirkan dapat memenuhi tuntutan ini adalah yang berbentuk Bahasa Melayu Khusus (BMK) yang menjurus kepada keperluan bidang profesion para pelajar. Dengan demikian, kertas kerja ini akan memberikan tumpuan serta menggariskan jenis, rationale, strategi, kurikulum dan perlaksanaan program BMK di ITM. Semoga pengalaman ITM dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dikongsi bersama bagi tujuan peningkatan program BMK di IPT, khasnya bagi memenuhi tuntutan era globalisasi kini.
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain