Text
Analisis model pencapaian matematika berasaskan transisi dengan penerapan orientasi pembelajaran matematika (OPM): pendekatan pemodelan kuasa dua terkecil separa
Transisi institusi merupakan satu fasa kritikal yang memerlukan pelajar melakukan proses penyesuaian agar dapatrnmelalui perubahan yang berlaku dengan selesa. Fasa peralihan yang dialami dan dilalui oleh pelajar dengan cararnyang berbeza memberikan kesan yang berbeza kepada pelajar. Justeru, kajian berbentuk kuantitatif dilakukan dirnkalangan pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) major pendidikanrnmatematik.Objektif utama kajian ialah untuk membina model struktur pencapaian matematik berasaskan transisirndengan penerapan OPM.Teori Transisi Schlossberg menjadi asas kepada kajian yang dijalankan.Instrumen kajianrndiadaptasi dan diubahsuai daripada Student Adaption to college Questionnaire (SACQ) dan Orientasi PembelajaranrnMatematik (OPM).Empat komponen penyesuaian (akademik, sosial, peribadi-emosi dan komitmen institusi) danrntiga komponen OPM (tabiat belajar, sikap pelajar dan kebimbangan Matematik) menjadi tumpuan kepada kajian ini.rnAnalisis data dilakukan menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (MPBKDTS).rnKajian yang dilakukan berjaya mengemukakan model struktur pencapaian matematik dan memperlihatkanrnhubung kait secara serentak antara penyesuaian, OPM dan pencapaian Matematik.Maka berdasarkan kepada dapatanrnkajian, jelas menunjukkan bahawa dalam meningkatkan pencapaian Matematik terdapat aspek lain selain daripadarnkognitif pelajar yang perlu diberikan perhatian.
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain